Al-Fatihah by Fahd Al Khandri- one of Masjidil Haram's Imam ns
Sebelum zaman Rasulullah, ramai non-muslim menetap di Arab Saudi tapi sekarang hanya tinggal 1% sahaja. Boleh berugama lain disini tapi tak boleh bina tempat semayang macam churh,to'kong,kuil, dll. Dari jumlah keseluruhan 26juta penduduk, 99% berugama islam & kebanyakanya golongan Syi'ah.

Mekah dan Madinah digelar tanah HARAM- kerana dilarang manusia melakukan perkara2 yang bertentangan dengan syiar islam di dalam 2 negeri ini. Non muslim tidak dibenar memasuki 2 negeri ini sebab mereka ini tidak sembahyang, minum arak...tapi ada juga yang sanggup tukar ugama utk apply visa & masuk ke Mekah. Rokok pun tak leh jual kat sini..kalau nak jugak kena bawak mai sendiri. Atau kalau dah gian sangat tu pi la cari bangla kat lobby hotel..depa ada lubang punya...

Setiap amalan baik di Mekah akan diberi pahala 100,000 kali ganda. Sembahyang satu waktu berimam di Masjidil haram bersamaan 55 tahun sembahyang solo di tanah air kita!!! Tapi kalau buat benda tak baik tu cara kiraan nya serupa ni la jugak.
Masjidil Haram adalah tempat paling suci & juga merupakan mesjid terbesar di dunia. Terdiri dari 4 level, basement,level 1, level 2 & roof. Boleh muatkan hampir 4 juta jemaah dalam satu masa. Gambar ini diambil pada hari biasa selepas waktu Isya dari roof top. Kat sini bukan manusia saja yang semayang, Malaikat pun ada. Kalau jumpa yang pelik2 jangan complain, hati kena bersih, mulut jangan laser ..silap2 kita dapat balasan masa tu jugak. Dont play play. ..
Untuk cium hajratul aswad memang susah. Orang bertolak-tolak, kadang2 tersepit dan boleh jatuh. Kalau anda yang jadi mangsa jangan marah...sabor jeee. Dalam ramai2 tu laki pompuan campur dan kalau bersentuhan tak pa, tak batal wudhuk..sini tak pakai mazhab Syafiee. Semayang sunat laki bini sebelah2 pun boleh....



Masjidil Haram lepas semayang subuh- jemaah keluar dari pintu utama. Jumlah keliling mesjid ada 32 pintu--sesat is a must!!


Masjid Nabawi di Madinah dibina oleh Rasullullah bersama2 pengikutnya lepas berhijrah dari Mekah ke Madinah. Di bina atas tapak rumah Baginda sendiri & setelah wafat Baginda disemadikan di sini di berhampiran makam Saidina Abu Bakar & Umar Ibnu Khatab. Kini Masjid Nabawi menjadi masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram.






Teksi-
Proton kereta paling murah kat Malaysia, sebab tu kita buat dia jadi teksi. Sama gak ngan Mercedes di German. Kat Sweden pulak peronda Polis pakai Volvo, kat Melaysia kancil je. Kat Arab ni depa tak reti buat kereta sendiri tapi teksi depa gempaq...Camry...yang politician kat negeri Perak dok rebut-rebut tu... Kreta besaq ni jadi teksi bukan pasai kreta tu murah. Pasai minyak depa satu liter RM0.40 sen sajaaa (tahun 2009).. Kita pun dok keluar minyak gak..lagi quality minyak kita. Tapi harga runcit petrol pi sampai 5x ganda. Kalu dok sini leh pakai MPV dah...





Jabal Rahmah - setelah diusir dari syurga, Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka dan Hawa di Jeddah. 200 tahun kemudian mereka bertemu kembali di Jabal Rahmah, berhampiran Mekah. Tempat ini amat baik bagi berdoa cari jodoh...jom pi try..